Khamis, 30 Jun 2011

KEMALANGAN JALAN RAYA

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA.

Ayat Topik : KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DI JALAN RAYA.

Cadangan Ayat Huraian :
1. Apakah undang-undang utama yang digunakan terhadap pengguna jalan raya
Akta Pengangkutan Jalan, 1987.

2. Pihak mana yang menjadi penguatkuasa undang-undang di jalan raya ?
Polis Trafik
Jabatan Pengangkutan Jalan
Penguatkuasa Kerajaan Tempatan

3. Pihak mana yang terlibat secara tidak langsung dengan keselamatan di jalan raya ?
Lembaga Pelesenan Kenderaan Awam
Puspakom
JKR

4. Adakah penguatkuasa menjalankan tugas dengan efektif ?
-Tugas dijalankan tetapi banyak lompang kelemahan di mana-mana


5. Kelemahan ketara dalam kalangan penguatkuasa.
- amalan rasuah
- penyalahgunaan kuasa
- tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab
- kurang pengetahuan dan pengalaman
- tidak bersifat proaktif dan responsif terhadap isu kemalangan jalan raya
- kurang taktikal/ teknik menyelesaikan masalah


6. Kesan kelemahan penguatkuasa :
- pelanggaran undang-undang dengan sewenang-wenangnya
- memandu kenderaan secara berbahaya kerana berani mencabar penguatkuasa
- lebih bersifat mengubat berbanding mencegah

AYAT PENYIMPUL
Sikap sambil lewa melaksanakan tugas umpama melepaskan batuk di tangga dan melakukan tugas hanya apabila ada arahan umpama paku dengan penukul akan menyebabkan kadar kemalangan di jalan raya tidak akan pernah berkurangan sehingga ada yang menggelarkan jalan raya umpama rahang harimau yang ternganga dan sentiasa menanti mangsa untuk dibaham.

1 Comment:

akumin said...

wow,terkesima saya membacanya..Nak lagi!!

blogger templates | Make Money Online