S1. Dimensi remaja/ individu
Anda mempunyai seorang rakan OKU.
Huraikan sumbangan yang dapat anda berikan kepadanya untuk menjalani kehidupan seharian seperti orang biasa yang sempurna sifatnya.
S2. Dimensi Keluarga
Huraikan peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak untuk menerima OKU seperti orang biasa yang sempurna sifatnya.
S3. Dimensi Masyarakat/ Kerajaan
Jelaskan langkah proaktif yang boleh dimainkan oleh kerajaan untuk membela nasib OKU agar dapat menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah.
Jumaat, 23 September 2011
TEMA OKU
Isnin, 5 September 2011
TEMA PELANCONGAN
CARA MENINGKATKAN BILANGAN KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA :
ISU PERPADUAN NASIONAL
Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Mengapa "Rumah Sudah Siap Pahatnya Masih Berbunyi?"
Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini di tengah-tengah bersemaraknya sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini.
Bahagian pertama ialah hasil wawancara dengan Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawaatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Seberkas kayu lidi yang diikat tidak mudah dipatahkan tetapi lidi yang dilerai dari ikatan, sebatang demi sebatang senang dipatah.
Ini kisah yang sering diajar untuk menunjukkan jika kita tidak bersatu-padu, kita akan menjadi lemah seperti sebatang lidi tetapi jika kita bersepakat, kekuatan kita bak seberkas kayu lidi, teguh dan padu.
Betapa cantiknya orang tua dahulu menggambarkan kepentingan permuafakatan, persepakatan dan istilah yang sering dilaung-laungkan hari ini iaitu perpaduan.
Kita juga ada peribahasa yang dalam maknanya untuk menggambarkan betapa pentingnya perpaduan seperti "Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh", "Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing" dan "Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Kata Kerana Muafakat."
Sudah tentunya juga kita mengharapkan masyarakat majmuk atau berbilang kaum di Malaysia hidup "Bagai Aur Dengan Tebing", perumpamaan yang menggambarkan keadaan kehidupan yang harmoni, tolong menolong antara satu sama lain.
Kita tentunya tidak mahu melihat masyarakat berbilang kaum Malaysia dengan tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India dan berpuluh-puluh etnik yang lain di Sabah dan Sarawak bersikap "Seperti Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-masing!"
REALITI SEMASA
Lalu seperti tidak kena apabila isu perpaduan masih dipersoal selepas lebih lima dekad kita membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.
Namun inilah realiti hari ini.
Pokok persoalannya ialah seakrab atau semesra mana hubungan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini?
Justeru polemik isu perpaduan nasional ini boleh diibaratkan seperti peribahasa Melayu "Rumah Sudah Siap Pahat Masih Berbunyi".
Jika benar berlaku hakisan perpaduan, di mana silapnya dan apakah masih ada sinar di hujung terowong?
"Perpaduan Nasional atau perpaduan kebangsaan adalah satu perkara yang paling elusif di antara cita-cita kebangsaan dan cita-cita besar negara.
"Sehingga hampir 54 tahun kita masih membicarakannya kerana kita masih belum bertemu dengan satu formula atau satu penawar bagaimana kita dapat membangunkan perpaduan dengan secara yang paling mantap dan harmonis sekali, " demikian pandangan Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)dalam wawancara dengan Bernama di pejabat PSM, Wisma Sejarah di sini baru-baru ini.
SEBELUM MERDEKA
Tidak timbul isu perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum negara ini sebelum merdeka tetapi dalam masa yang sama juga menurut Omar, tidak ada juga pergeseran yang ketara.
Masing-masing kaum nampaknya gembira dengan kehidupan sendiri dan ketika itu juga tidak ada usaha untuk membuat penyatuan atau memperteguh ikatan perpaduan.
"Kita berada di bawah penjajahan dan mereka meletakkan kaum-kaum yang ada dalam tembok masing-masing. Kita hidup macam di bawah pemerintahan apartheid. Kita berkembang dan maju sendirian.
"Ini cara pihak kolonial mengekalkan pemerintahannya di sini iaitu membahagi-bahagikan orang Cina di sekolahnya, orang Melayu di sekolahnya dan orang India di sekolahnya.
"Kaum-kaum ini duduk di tempat asing daripada orang lain, orang Melayu di kampung-kampung pinggir sungai, orang Cina di bandar-bandar besar dan orang India di estet," jelasnya.
Menurut Omar, pihak Inggeris dapat mengekalkan keadaan keseimbangan kaum menerusi dasar pecah dan perintah mereka.
Pihak Inggeris, bagaimanapun, kata beliau memang sedar keperluan mengadakan keadaan di mana semua kaum di negara ini mempunyai kesatuan yang bersatu padu.
"Sebab itulah apabila kita menuntut kemerdekaan, pihak Inggeris meletakkan syarat iaitu orang Melayu, Cina dan India mesti bersatu-padu dalam satu bentuk perikatan atau satu bentuk persatuan politik," tambah Omar.
CONTOH TERBAIK
Mengambil contoh terdekat negara jiran, Indonesia, Omar berkata negara itu adalah contoh terbaik di mana soal perpaduan kebangsaan dicapai sebelum kemerdekaan lagi.
Jelasnya, sejak 1928 lagi apabila memperjuangkan kemerdekaan mempunyai apa yang dipanggil sebagai "Sumpah Pemuda" iaitu satu bangsa, satu negara dan satu bahasa iaitu Indonesia.
"Jadi apabila mereka memploklamir kemerdekaan pada 1945 yang kemudian diiktiraf pada 1949, mereka sudah tidak ada masalah mengenai soal-soal pokok yang berlegar tentang perpaduan nasional atau perpaduan kebangsaan.
"Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Indonesia dan tidak ada tentangan oleh bahasa-bahasa yang lebih besar seperti bahasa Jawa. Tidak ada kekacauan dalam perkara itu meskipun negara itu terdiri daripada 3,000 pulau.
"Walapun begitu, ini tidak bermakna tidak ada soal pemisah yang timbul selepas itu seperti soal pemisah Acheh yang lebih merupakan cerminan kepada masalah politik di mana soal keadilan dan penyamarataan ekonomi tidak berjalan dengan baik," kata Omar.
Beliau juga memberi contoh negara Vietnam dan Myanmar (Burma) yang juga telah mencapai kejayaan dalam soal-soal perpaduan.
ASAS PERPADUAN
Kepimpinan awal negara ini sememangnya telah memikirkan perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai asas untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum.
Menurut Omar satu daripadanya ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, keadaan ini mula terhakis apabila timbul aliran liberalisasi di mana kedudukan bahasa-bahasa lain diperkukuh.
Dalam mempersoalkan bahasa, Omar berkata ia ada kait mengait dengan soal aliran persekolahan.
"Kita mempunyai satu matlamat besar mengikut Penyata Razak yang mahu melihat semua anak Malaysia Cina, India, Melayu belajar di bawah satu bumbung mengikut kurikulum yang sama, bahasa pengantar yang sama dan akhirnya mengambil peperiksaan yang sama.
"Tetapi bila ada akta pada 1996, apa yang terjadi ialah pengukuhan sekolah-sekolah aliran vernakular dan saya tidak nampak bagaimana penyatuan aliran ini dapat dilaksanakan sebagai satu daripada matlamat kita untuk mencapai perpaduan.
"Aliran-aliran ini berlari atas satu rel yang selari dan tidak ada satu tempat di mana mereka akan bertemu, masing-masing dengan haluan masing-masing, tidak ada titik pertemuan," katanya.
Omar memberi keutamaan kepada sekolah rendah untuk memupuk semangat kebangsaan, semangat perpaduan dan semangat kekitaan kerana di peringkat itulah pelajar senang dilentur.
"Ramai orang bercakap dengan cara nostalgia ketika mereka mengikuti pengajian di sekolah Inggeris dan bagaimana mereka berkawan baik dengan kaum Cina, India dan lain-lain.
"Inilah yang sepatutnya terjadi dalam sistem pendidikan nasional kita di mana sekolah kebangsaan menjadi sekolah perdana dan semua anak Cina, Melayu dan India dapat bergaul dengan baik," tambahnya.
TRAGEDI 13 MEI
Sememangnya bukan mudah mengurus sebuah negara yang mempunyai kemajmukan masyarakat dengan pelbagai agama, nilai dan budaya serta adat resam.
Sejarah telah membuktikannya.
Ikatan perpaduan, kesepakatan dan permuafakatan hancur berderai lebih sedekad selepas laungan "Merdeka" membelah angkasa raya Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang tercetus hampir 12 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan tidak dapat tidak, melakar satu titik hitam dalam sejarah tanah air.
Isu perkauman yang dimainkan ketika kempen pilihan raya 1969 dengan parti pembangkang membangkitkan isu Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu membakar hangus ikatan perpaduan dan menjadi punca persengketaan yang membawa kepada rusuhan berdarah.
"Sebab-musabab yang lebih serius tidak ternampak di mata kasar iaitu kebimbangan serta perasaan tidak selamat orang Melayu mengenai pencapaian ekonomi serta kedudukan masa depan penguasaan politik mereka dalam negara merdeka yang sedang dibangun," kata Omar.
Ekoran daripada kekacauan yang meletus dan mengancam ketenteraman awam, Parlimen digantung pada 16 Mei 1969. Pemerintahan negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai Tun Abdul Razak.
Langkah pantas MAGERAN membolehkan pihak berkuasa mengawal keadaan sebelum ianya merebak menjadi apa yang disebut di dalam Laporan MAGERAN "Tragedi 13 Mei" sebagai "malapetaka yang besar".
Laporan itu dalam bahagian pengantarnya turut mengakui sememangnya terdapat pergeseran antara kaum sebelum tercetusnya rusuhan dan kerajaan ketika itu berharap "semoga bahang yang terpasang itu tidak akan meletus."
UJIAN GETIR
Dua faktor utama dikenalpasti sebagai penyebab kekacauan tersebut iaitu isu perpaduan dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
"Memang rusuhan kaum 13 Mei ialah satu satu ujian pahit kepada masyarakat negara ini. Natijah kejadian besar yang menggemparkan masyarakat itu ialah perlunya soal perpaduan diberi perhatian utama.
"Kita terpaksa membayar harga yang tinggi kerana alpa kepada soal perpaduan selepas merdeka.
"Saya kira selepas merdeka soal perpaduan kaum ini walaupun dirasa penting tetapi tidak mendapat perhatian yang berat kerana kita pada masa itu sibuk dengan pembangunan negara," kata Omar.
Menurut beliau, soal sosio-ekonomi, kemiskinan, pendidikan, pertanian, hubungan antarabangsa, pembangunan negara, pembukaan tanah-tanah Felda dan projek-projek prasarana mengambil banyak masa dan perhatian pemimpin ketika itu.
PERPADUAN NASIONAL : JANGAN LUPA SEJARAH
Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Mengapa "Rumah Sudah Siap Pahatnya Masih Berbunyi?"
Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini di tengah-tengah bersemaraknya sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini.
Bahagian kedua adalah sambungan wawancara dengan Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawaatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Lahirnya apa yang dipanggil sebagai Rukun Negara selepas Tragedi 13 Mei dilihat sebagai satu usaha murni kerajaan untuk menangani konflik perkauman dengan secara telus.
Pengisytiharan Rukun Negara yang dibuat 31 Ogos 1970 diharap menjadi kunci untuk membuka jalan kepada usaha mewujudkan suasana keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Rukun Negara ialah satu daripada piagam yang besar yang dihasilkan di negara ini yang terbahagi kepada dua, iaitu cita-cita dan prinsip, dan ini mendapat persetujuan daripada semua kaum pada masa itu.
"Rakyat Malaysia juga perlu mengambil berat dan menghayati falsafah di sebalik cita-cita dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jika mereka mahu kehidupan yang aman dan harmoni.
"Dalam masa yang sama kerajaan perlu menggerakkan kembali kempen untuk memberi kefahaman dan penghayatan terhadap Rukun Negara," kata Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) kepada Bernama dalam satu wawancara di sini baru-baru ini.
Rukun Negara berpaksikan kepada lima prinsip utama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.
Intipati cita-cita Rukun Negara pula ialah ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin cara hidup yang liberal dan melahirkan masyarakat progresif.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Omar juga merujuk kepada pelaksanaan dasar sosial ekonomi bersepadu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 menerusi Rancangan Malaysia Kedua untuk tempoh 20 tahun.
Menurut beliau, DEB adalah respons kepada 13 Mei bertujuan merawat penyakit dan kepincangan sosial serta ekonomi yang mendatari tragedi besar itu.
Di bawah dasar itu, masyarakat Malaysia disusun semula supaya ia menjadi lebih adil dengan sistem ekonomi diperbaiki untuk pembasmian kemiskinan semua kaum.
Langkah juga diambil bagi memastikan kekayaan negara dapat diimbangi dan diagih-agihkan secara lebih adil dan saksama khasnya antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Omar berpendapat DEB selepas 20 tahun pelancarannya mencapai kejayaan besar bagi semua kaum walaupun bagi Bbumiputera prestasinya tidak mencapai sasaran yang direncanakan.
"Namun demikian, DEB adalah instrumen paling efektif dalam membangun keyakinan masyarakat dan memperkasa kestabilan negara."
JANGAN LUPA SEJARAH
Setelah lebih 40 tahun Tragedi 13 Mei berlaku, mungkin ramai yang ingin melupuskannya terus daripada ingatan mereka supaya igauan buruk peristiwa berdarah ini tidak menghantui kehidupan khususnya generasi muda negara.
Dalam hal ini, apa yang diperlukan ialah kesungguhan semua pihak memastikan sejarah hitam itu tidak berulang dan kita juga tidak memerlukan tragedi berdarah untuk mengajar kita betapa pentingnya erti perpaduan.
Namun perkembangan mutakhir membimbangkan Omar menjadikan beliau tidak begitu optimistik apabila diaju soalan prospek pencapaian perpaduan nasional.
Beliau menuding kepada apa yang disifatkannya sebagai "partisan politic" atau politik berat sebelah yang dianggapnya merosakkan sebarang usaha besar untuk kepentingan kebangsaan.
Keutamaan diberi hanya kepada politik kepartian walaupun ia jelas bertentangan dengan kepentingan negara.
"Partisan politic", katanya, menyumbang kepada pergeseran kaum dan ini terbukti dalam tragedi 13 Mei.
"Segala-galanya dipolitikkan sehingga amat menyukarkan institusi negara dan badan pentadbiran berjalan dengan baik," katanya.
Jika tekanan memperleceh institusi negara terus menerus dikempen oleh pembangkang lama kelamaan kewibawaannya akan terhakis dan akibatnya amat buruk.
"Keadaan sekarang menunjukkan ada bahagian masyarakat yang seolah-olah kehilangan kepercayaan kepada institusi kerajaan, tak percaya kepada polis, tak percaya kepada sistem kehakiman dan tak percaya kepada pemimpin kerajaan.
"Ini satu perkara yang dahsyat dan sindrom ketidak percayaan ini adalah satu penyakit besar kepada bangsa Malaysia. Inilah hasil permainan partisan politic," tegasnya.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Omar lalu menggesa kerajaan mewajibkan semula pelajar dan mahasiswa memahami sedikit sebanyak perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kursus-kursus boleh disediakan mengikut tahap kemampuan masing-masing dan tidak terlalu teknikal.
Menurut beliau, segala yang rakyat perlu tahu atau patut tahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka, kedudukan orang Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu semuanya tersurat dengan seimbang di dalam Perlembagaan.
"Pakar-pakar perundangan Perlembagaan memberitahu kita bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sebuah dokumen organik yang unik yang memperlihatkan kebijaksanaan luar biasa dari segi keadilan, keseimbangan dan matlamat jarak jauh negara.
"Saranan saya bagi membangun kembali keyakinan rakyat dan perpaduan nasional adalah dengan memberi tumpuan kepada beberapa tonggak penyatuan yang kita cipta," tambahnya.
Cadangan yang diutarakan Omar, pertama, pelaksanaan secara serius tanpa kompromi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua rakyat dan juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan.
Walaupun bahasa-bahasa lain dibenar penggunaannya tetapi Bahasa Melayu mesti diutamakan dalam semua keadaan, rasmi atau tidak rasmi.
"Selepas hampir 54 tahun merdeka semua orang harus menerima Bahasa Melayu sebagai lambang penyatuan dan darah daging mereka," tegas beliau.
Cadangan Omar yang kedua menyentuh mengenai sistem pendidikan nasional yang dikatakannya mestilah dilaksanakan dengan tegas berasaskan semangat tersurat dan tersirat Penyata Razak.
Dalam hal ini, sekolah kebangsaan wajib diberi prioriti dari segi infrastruktur, keguruan dan kelengkapan yang terbaik selain diadakan pengajaran Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang teratur.
Dengan demikian, kata Omar sekolah kebangsaan akan dapat menarik lebih ramai ibu bapa Cina dan India menghantar anak-anak mereka bermula daripada sekarang.
"Sekolah kebangsaan akan menjadi sekolah nasional atau sekolah perdana dalam erti kata yang sebenar di mana semua anak Malaysia belajar bersama serta bersaing di bawah satu bumbung yang melambangi perpaduan.
"Kita harus menjalani satu muhasabah nasional berhubung perpaduan nasional.
"Kita bangun atau jatuh sebagai satu bangsa bergantung kepada kebijaksanaan kita mengurus kerukunan hidup masyarakat kita," kata Omar.
Menurut beliau, rakyat Malaysia sebetulnya mempunyai banyak kekuatan sebagai satu bangsa umpamanya kepelbagaian kaum dan budaya dengan kepandaian masing-masing, peramah dan punya toleransi yang tinggi dan tradisi hidup bersama dengan aman dan harmoni.
"Semua ini adalah aset yang wajib digembleng untuk perancangan membangun perpaduan yang lebih kental.
"Dalam suasana pancaroba dan tidak kestabilan di seluruh dunia, Malaysia bagi saya ialah satu oasis kebahagian. Negara ini indah dan kaya.
"Saya sayang dan bangga dengan watan saya ini dan berdoa tidak akan timbul apa-apa malapetaka yang dapat merosak kestabilan dan keharmonian rakyatnya," katanya.
DIKEHENDAKI LEBIH RAMAI PEMBINA JAMBATAN YANG JUJUR
Rencana lima siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Mengapa "Rumah Sudah Siap Pahatnya Masih Berbunyi?" Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini.
Bahagian ke-tiga ini adalah hasil wawancara dengan Dr Chandra Muzaffar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia and Profesor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia (USM).
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kalaulah boleh dilakukan, Dr Chandra Muzaffar sudah tentu akan menampal di setiap pelusuk tanah air poster yang berbunyi "Dikehendaki: Lebih Ramai Pembina Jambatan".
Syarat yang akan dikenakan, di tempat paling atas, Rakyat Malaysia, orang muda diutamakan!
Beliau juga akan menambah syarat tambahan: "Yang Jujur Sahaja! Pemusnah Jambatan Tak Perlu Memohon!"
HAJAT MERDEKA
Pernyataan di atas sebenarnya adalah hajat Chandra sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-54, hajat yang dizahirkan dalam wawancara dengan Bernama mengenai isu Perpaduan Kebangsaan di pejabatnya baru-baru ini.
Beliau juga memberitahu penulis "pembina jambatan" ialah istilah kegemarannya yang sering digunakan apabila bercakap mengenai perpaduan.
"Jika ramai yang sedar, katakan dalam masyarakat kita ada ramai orang Melayu dan bukan Melayu, Cina, India, Kadazan dan yang lain-lain, amat mengambil berat tentang pembina jambatan, keadaan akan berbeza.
"Yang menjadi masalahnya kita tidak mempunyai ramai pembina jambatan, di sana di sini ada beberapa kerat individu sahaja.
"Dahlah tak ramai, ada pula yang jadi pemusnah jambatan dan orang yang mendirikan tembok," kata Chandra, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia.
KEKUATAN PADU
Memupuk semangat perpaduan kebangsaan sewajarnya bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata seperti yang disuarakan oleh Chandra yang juga Profesor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia (USM).
Penyelesaian sebenarnya, katanya, terletak kepada rakyat.
"Apa yang kita perlukan kekuatan padu semua kaum, orang Melayu, orang bukan Melayu yang menjadi pembina jambatan yang jujur. Kalau kita ada semuanya ini, persekitaran dan suasananya lebih sesuai untuk benih-benih perpaduan bercambah dan berkembang.
"Saya ikhlas berharap dan berdoa kita mampu mewujudkan lebih ramai pembina jambatan yang benar-benar jujur yang akan menjadi tonggak kekuatan padu menggalakkan perpaduan kebangsaan," katanya.
Paling unggul, tambahnya jika generasi muda dapat diasuh dan dididik sebagai pembina jambatan yang diharap-harapkan itu.
Menepati kata-katanya, Yayasan 1Malaysia mengambil inisiatif untuk memenuhi keperluan itu dengan mengadakan program untuk pelajar sekolah di mana antara lain mereka dapat memahami erti menjadi warga negara Malaysia.
"Kewarganegaraan bermakna kesediaan untuk melaksanakan bukan sahaja hak tetapi sama juga pentingnya, tanggungjawab sebagai seorang warga negara," kata Chandra.
PERJALANAN YANG BERTERUSAN
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perpaduan, Chandra tegas menyatakan ia ibarat satu perjalanan yang jauh serta berterusan dan bukannya satu destinasi.
Dalam perkataan lain seseorang itu tidak boleh berkata "Kita telah mencapai perpaduan" bak kata Chandra kemungkinannya tidak ada negara di dunia ini boleh mendakwa ia telah mencapai perpaduan pelbagai etnik.
"Perkara ini tidak akan berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di mana-mana negara di dunia yang penduduknya terdiri daripada berbilang etnik dan agama.
"Mengapa? Kerana kita bercakap tentang orang yang berlainan pegangan agama dan latar belakang kebudayaan, sejarah yang berbeza, memori yang berbeza dan dengan pengalaman yang berbeza.
"Situasinya amat, amat kompleks. Banyak perbezaan dan akan terus ada perbezaan. Saban waktu ada sahaja yang akan berlaku.
"Kita perlu meneruskan rundingan untuk menangani perbezaan-perbezaan ini, kita perlu terus berusaha mengatur cara dan langkah untuk membolehkan kita tinggal bersama," kata Chandra.
Beliau mengambil contoh Ireland Utara di mana konflik antara puak Katolik dan Protestant masih wujud.
"Mereka telah mencapai persetujuan mengenai cara untuk menyelesaikan konflik yang sudah berlarutan berkurun lamanya.
Mereka ada mencapai kata sepakat yang dipersetujui kedua belah pihak, yang dipanggil Good Friday Agreement pada 1998.
"Bagaimana pun baru-baru ini terdapat pertempuran di Ireland Utara yang mengakibatkan kematian di mana ini menunjukkan tidak ada penyelesaian mudah untuk masalah berhubung dengan etnik dan agama," tegasnya.
IBARAT PERKAHWINAN
Menggunakan "perkahwinan" sebagai analogi kepada perpaduan di mana diakui tidak ada perkahwinan yang sempurna, Chandra mengulangi kenyataannya bahawa ia memerlukan usaha yang berterusan.
Pasangan yang berkahwin akan mengalami masalah, cabaran dan perbezaan dari semasa ke semasa dan mereka perlu mencari jalan penyelesaian.
Dalam hal Malaysia, beliau menekankan bahawa pucuk pimpinan di awal 1957 telah mengambil langkah bijak dengan memberi keutamaan kepada isu perpaduan yang dilihat sebagai cabaran paling utama.
"Dari awal lagi kita telah sedar ini adalah satu cabaran yang memerlukan perhatian yang maksimum, cabaran yang memerlukan sepenuh tenaga dan usaha kita.
"Saya berpendapat kita memang tahu perkara itu. Kita sedar daripada awal-awal lagi bahawa perpaduan adalah isu penting, maka sebab itulah semua pemimpin kita, pembuat pendapat dan elemen berpengaruh dalam masyarakat sering menekankan tentang perpaduan," jelasnya.
PERLU POSITIF
Namun demikian, Chandra pantas menambah bahawa dalam apa juga keadaan kita perlu berpijak di bumi nyata dalam usaha kita menangani isu perpaduan.
Dalam mengulangi kenyataannya bahawa perpaduan ialah satu proses, satu perjalanan yang tiada penghujungnya, beliau turut menegaskan bahawa "kita tidak boleh meletak jangka waktu mahu pun bercakap tentang perpaduan yang sempurna."
"Apa yang kita ingin capai adalah dengan tahun-tahun yang berlalu kita mampu untuk berkata ikatan perpaduan kita lebih teguh dan ia akan jadi lebih teguh. Kita perlu bersikap positif mengenai perkara ini.
"Sekiranya semua kaum, semua peringkat masyarakat boleh berkata demikian, dalam perkataan lain esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini dan kita mula merasa lebih sebagai sebuah keluarga.
"Jika itu boleh kita ungkapkan dalam kita menjalani kehidupan kita, itu sudah satu pencapaian," katanya.
PERPADUAN LEBIH HEBAT
Mengulas pembentukan Bangsa Malaysia, istilah yang timbul di dalam versi Melayu Wawasan 2020, Chandra menarik perhatian bahawa perpaduan masih menjadi kunci kepada pencapaian aspirasi itu.
Beliau menjelaskan dalam versi Bahasa Inggeris Wawasan 2020, versi asal, istilah yang digunakan sebetulnya "Greater Unity amongst the different peoples and the different communities."
"Seperti yang saya katakan di awal tadi ikatan yang lebih teguh itulah yang kita perlukan," tegasnya.
Beliau turut menyatakan rasa tidak senangnya dengan isu yang dibangkitkan tahun lepas di mana seseorang ditanya sama ada beliau "Melayu dulu atau orang Malaysia dulu."
Pada pandangan Chandra, soalan itu tidak munasabah di mana seseorang itu boleh berhujah bahawa dua ciri penentu negara Malaysia, kedua-duanya ada kaitan dengan identiti bangsa Melayu.
"Umpamanya apakah bahasa negara ini? Melayu, seperti yang digariskan dalam Artikel 152 Perlembagaan Malaysia dan Melayu adalah bahasa orang Melayu. Apa dia agama Negara ini? Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama negara ini adalah Islam. Apakah agama orang Melayu? Islam.
"Jadi dua ciri negara ini adalah sebenarnya ciri bangsa Melayu. Oleh demikian untuk menyoal sama ada seseorang itu Melayu dulu atau orang Malaysia dulu, sebenarnya mendedahkan orang yang menyoal itu tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang negara Malaysia," tegas Chandra.
TANAH AIR
Menurut beliau, dalam konteks tertentu seseorang itu mungkin merasa dia Kadazan tetapi dalam apa cara pun ini tidak menjejaskan perasaannya kepada tanah airnya, yakni Malaysia.
"Katakan ada pesta Kadazan dia merasa dirinya Kadazan. Bila datang Ramadan dia merasa dia seorang Muslim. Kerana cintanya kepada pantun, seperti Pak Ungku (Prof Diraja Ungku Aziz) dia merasa dirinya Melayu kerana pantun warisan indah orang Melayu.
"Sama juga dengan orang Cina, apabila tiba perayaan Tahun Baru Cina mereka akan merasa diri mereka lebih orang Cina," kata Chandra, seraya menambah isu yang digembar-gemburkan itu hanya helah politik.
PENERIMAAN ADALAH KUNCI
Tidak dapat tidak, Melayu atau bukan Melayu mempunyai kewajipan dan tanggung jawab untuk membina negara ini.
Dalam hal orang bukan Melayu, kata Chandra, mereka perlu menerima hakikat sejarah dan empati untuk sejarah serta evolusi negara Malaysia -- bagaimana ia berkembang dari sebuah negara Melayu kepada negara Malaysia.
Begitu juga halnya, kata beliau dengan orang Melayu, mereka perlu sedar implikasi realiti semasa penerimaan orang Cina dan India sebagai warganegara dengan hak dan tanggungjawab untuk menjadikan kita masyarakat berbilang etnik yang sebenar.
"Kita tidak akan dapat memahami dan mengambil berat antara satu sama lain selagi kita melihat negara ini menerusi lensa perkauman. Kita mesti mengatasi perasaan mementingkan diri mengikut kaum," tegasnya.
Rakyat Malaysia juga perlu memahami dengan lebih mendalam isi kandungan Perlembagaan dan Rukunegara.
"Kita sepatutnya melakukan ini sejak awal dulu lagi, mengambil langkah untuk membuatkan orang Melayu dan bukan Melayu memahami secara bersungguh-sungguh kedua-dua dokumen penting ini. Kita sepatutnya mengambil langkah supaya rakyat menjiwai Perlembagaan dan Rukunegara dengan sepenuh jiwa dan raga
"Kita boleh gunakan sistem pendidikan, kita boleh gunakan media. Kita juga boleh gunakan saluran budaya dan agama. Kita telah gagal melakukannya.
"Saban waktu kita tewas kepada tarikan dan tekanan politik perkauman. Dalam lain perkataan mengutamakan politik daripada perpaduan kebangsaan.
"Sekiranya ini berlanjutan kita tidak akan dapat bergerak ke arah mencapai perpaduan yang lebih hebat seperti yang dibayangkan di bawah Wawasan 2020 yang hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi," keluh Chandra.
JANGAN PERLEKEH APA YANG TELAH KITA CAPAI
Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad negara merdeka.
Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini.
Bahagian ke-empat ini sambungan hasil wawancara dengan Prof Dr Chandra Muzaffar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia dan Professor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia.
PETALING JAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Dalam membicarakan perpaduan nasional di Malaysia, ada tiga pencapaian penting yang tidak wajar dilupakan.
Dr Chandra Muzaffar, pakar sains politik tempatan yang dihormati meletakkan 'keganasan perkauman minimum' di tempat pertama dalam senarainya ketika diwawancara Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Beliau merujuk kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menurutnya mempunyai implikasi kepada perpaduan nasional di samping beberapa pertelingkahan kecil di sana-sini.
Bagaimanapun, beliau menganggap sebagai menakjubkan bagi sebuah masyarakat pelbagai etnik dan pelbagai agama yang disifatkanya antara yang paling kompleks di dunia kurang mengalami keganasan kaum.
"Ini sesuatu yang amat penting, perkara ini telah banyak kali saya ulang sejak 40 tahun lalu, iaitu kita mengalami keganasan kaum yang minimum," kata Chandra, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia.
BERSYUKURLAH
Chandra yang juga Profesor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia (USM) membandingkan pengalaman Malaysia dengan apa yang berlaku di negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik di dunia.
Negara-negara yang dinamakannya termasuk dari Ireland ke bekas Yugoslavia di Eropah, ke Lubnan dan Mesir di dunia Arab, ke India, Pakistan dan Sri Lanka di Asia Selatan dan di Asia Tenggara iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia.
Menurut beliau, di negara-negara yang dinyatakan di atas masalah etnik atau agama telah mencetuskan keganasan etnik.
"Di negara ini kita mengalami keganasan etnik yang minimum dan rakyat Negara ini mesti menghargai hakikat ini kerana pada saya keganasan adalah satu perkara yang amat teruk di mana boleh berlaku pertumpahan darah serta pembunuhan.
"Terutamanya dalam masyarakat pelbagai etnik, pelbagai agama, keganasan mempunyai implikasi yang jauh lebih serius berbanding keganasan dalam masyarakat-masyarakat lain kerana keganasan tidak akan berakhir.
"Jika anda membunuh seseorang daripada komuniti lain akan timbul perasaan dendam yang bersifat perkauman. Ianya akan berterusan. Memang teruk, jadi bila negara kita hanya mengalami sedikit keganasan, ini adalah satu pencapaian yang besar," katanya.
DAPAT DISELESAIKAN
Yang kedua, masalah dan cabaran yang pasti tercetus, semuanya ini sedikit sebanyak masih dapat diselesaikan.
Seperti yang dijelaskan Chandra, pertelingkahan ini diselesaikan menerusi dasar dan tindakan melalui perbincangan dan tolak-ansur.
Beliau berkongsi dua contoh untuk menguatkan hujahnya.
Pertama ialah apa yang disifatkan sebagai cabaran besar etnik berhubung dengan kedudukan ekonomi pelbagai komuniti di negara ini.
"Kenapa saya kata utama? Kerana 70 peratus masyarakat Melayu pada 1957 hidup di bawah paras kemiskinan dan sekiranya ditinjau di peringkat kelas pertengahan dan tinggi, kurang sekali peratus orang Melayu.
"Kita bercakap mengenai masyarakat yang mempunyai pertalian kuat dengan negara ini tetapi lemah kedudukan ekonominya pada tahun 1957," kata Chandra.
Hari ini, beliau berkata taraf kehidupan orang Melayu jauh lebih baik dengan bilangan doktor Melayu mencapai hampir 35 peratus sementara peguam, 40 peratus, berbanding 2 atau 3 peratus pada 1957.
Malahan, katanya, komposisi golongan pertengahan juga menggambarkan masyarakat pelbagai etnik negara ini bukan dibolot satu-satu kaum sahaja.
Transformasi yang besar itu, menurut Chandra dicetuskan oleh sedikit pergeseran.
PENDIDIKAN KUNCINYA
Mengulas lebih lanjut mengenai transformasi, Chandra mengaitkannya dengan perluasan peluang pendidikan yang disifatkannya sebagai faktor utama tetapi ramai pihak yang lupa atau sengaja abaikannya.
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan pendidikan dan memandangkan orang Melayu adalah bangsa majoriti, mereka mendapat banyak manfaat daripada proses ini.
"Mengapa saya bangkitkan hal ini? Sekiranya kita melihat belanjawan pembangunan kita, Malaysia adalah antara beberapa negara di dunia ini, yang secara konsistennya memperuntukkan 25 peratus daripada belanjawan pembangunan untuk pendidikan sejak 1957, ini amat mengkagumkan.
"Ini sebabnya mengapa transformasi ini dapat dicapai.
"Dan sudah tentunya ia diperkukuhkan lagi oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB)," jelas Chandra.
Di sebalik transformasi yang mencetuskan dukacita di kalangan bahagian tertentu masyarakat, Chandra masih berpendapat ia menjamin kestabilan dan harmoni dalam masyarakat.
"Jika kita tidak mencapai semua ini, sudah tentu kita berdepan dengan masalah yang lebih buruk. Ini yang semua pihak perlu hargai. Katakanlah keadaan kekal seperti 1957 atau 1969, dapatkah anda membayangkan bagaimana keadaan negara pada hari ini?
"Tidak akan ada keamanan, tidak ada kestabilan, tidak ada keharmonian dan sudah tentunya tiada demokrasi. Proses transformasi ini juga menjadikan peluang untuk tragedi 13 Mei berulang tipis!
"Perkara ini perlu disemat dalam pemikiran semua. Ada kalanya orang mudah lupa. Bukan sahaja mereka lupa, mereka langsung tidak menghargainya.
"Mereka hanya fikir DEB adalah punca semua masalah kita sedangkan sebenarnya inilah salah satu sebab mengapa kita boleh hidup dalam keadaan yang agak baik dalam masyarakat negara ini," kata Chandra.
MENYELESAI ISU
Salah satu konflik besar DEB, kurangnya peluang bagi bukan Melayu berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi sedikit sebanyak dapat diselesaikan menerusi beberapa langkah.
Beliau menjelaskan apabila universiti-universiti awam ditubuhkan pada 1970-an, kerajaan memberi lebih penekanan kepada pengambilan pelajar Melayu dan ramai pelajar bukan-Melayu dipinggirkan.
Salah satu langkah yang diambil kerajaan untuk menangani perasaan tidak senang hati bukan Melayu ialah menetapkan kuota 55-45 Bumiputra-bukan Bumiputra untuk universiti awam pada 1978 sewaktu pemerintahan Tun Hussein Onn.
Satu lagi cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan membenarkan beberapa universiti dan kolej swasta ditubuhkan bagi mereka yang tidak dapat memasuki universiti awam. Ini bermula pada awal 90-an.
Menurut Chandra, langkah ini banyak membantu ibu bapa memandangkan mereka tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke luar negara di mana kos pendidikan amat tinggi.
"Perkembangan yang penting ini berlaku sewaktu Tun Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apa yang dilakukan kerajaan adalah usaha untuk mengurangkan rasa tidak senang hati, rasa kecewa di kalangan ibu bapa dan pelajar bukan Melayu," kata Chandra.
PERLEMBAGAAN
Pencapaian ketiga yang disifatkan Chandra perlu diingati rakyat negara ini ialah berkait dengan apa yang ditakrifkan sebagai penanda jelas dalam konteks hubungan etnik, terutamanya kedudukan komuniti yang berlainan.
Semua negara, katanya, sama ada mempunyai penduduk berbilang etnik atau tidak, memerlukan penanda jelas dalam perjalanan untuk mencapai perpaduan nasional.
"Saya fikir dalam hal ini kita amat bertuah kerana mempunyai Perlembagaan yang adil dan saksama dan daripada segi prinsip asas etnik ianya masih kekal begitu.
"Dari awal-awal lagi kita jelas inilah negara kita dan dari awal juga kita mengambil kira sejarah dan keadaan semasa.
"Kita tidak menafikan sejarah kita kerana tidak ada negara yang boleh dibina dengan menidakkan sejarah negara dan sejarah kita terkandung dalam Perlembagaan, kedudukan raja-raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan," jelasnya.
KAITAN SEJARAH
Bercakap mengenai kedudukan orang Melayu, Chandra memberitahu penulis ia juga mempunyai kaitan dengan sejarah orang Melayu perlu dilindungi terutamanya apabila kewarganegaraan diberi secara liberal kepada sebahagian besar penduduk bukan Melayu.
"Orang hari ini tidak tahu apa yang berlaku pada waktu itu. Jika anda lihat statistik, pada 1955 hanya 15 peratus orang bukan Melayu (Cina dan India) yang merupakan warganegara.
"Oleh kerana liberalisasi syarat kewarganegaraan sebelum Merdeka 1957, demografi berubah dengan hampir 40 peratus warganegara Malaya terdiri daripada orang bukan Melayu.
"Dalam lain perkataan golongan elit Melayu dan komuniti Melayu memberi tempat kepada yang lain. Hasilnya orang Melayu daripada sebuah negara, negara Melayu, Tanah Melayu daripada segi sejarah, menjadi hanya sebuah komuniti.
"Ini adalah pengorbanan yang amat besar dibuat masyarakat Melayu, satu tindakan yang kita boleh katakan sebagai begitu mulia," kata Chandra.
AMAT SEIMBANG
Perlembagaan Persekutuan mewujudkan keseimbangan yang tidak terdapat dalam kebanyakan perlembagaan di kebanyakan negara berbilang etnik.
Menurut Chandra, Perlembagaan negara ini amat adil dan saksama daripada segi hak dan kedudukan pelbagai komuniti di negara ini.
"Sekiranya anda mengkaji Perlembagaan ini secara holistik, memang bertepatan untuk raja-raja Melayu diberi kedudukan, adalah tepat juga untuk bahasa Melayu berada pada tempatnya yang hak, dan ini bukan hasil rundingan.
"Saya mahu menjelaskan di sini kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan berakar umbi dalam sejarah kita," kata Chandra.
Bahasa Melayu, jelas beliau, telah menjadi lingua franca dunia bahagian sini sejak beratus-ratus tahun lalu.
"Jadi apabila keputusan dibuat untuk menjadikannya bahasa kebangsaan, ia adalah sesuatu yang logik dan belajar bahasa lain pula adalah untuk memberi tempat kepada bahasa berkenaan.
"Begitu juga dengan kedudukan Islam. Islam adalah agama kerajaan serta kesultanan Melayu, dan juga adalah asas pentadbiran dan undang-undang," katanya.
KEKUATAN KENTAL
Chandra juga membuat rujukan khas kepada Rukunegara yang disifatkannya sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia membentangkan matlamat dan prinsip panduan untuk negara.
Kesemuanya ini, kata beliau diperkuatkan lagi oleh Wawasan 2020 kerajaan yang diperkenalkan pada 1991, yang menggariskan sebuah wawasan untuk masa depan negara berbilang kaum ini.
"Pertama daripada sembilan cabaran strategik ditujukan kepada perpaduan, mewujudkan perpaduan lebih mantap di kalangan rakyat negara ini.
"Sekali lagi kita bertuah kerana sekarang kita mempunyai gagasan untuk menyatukan semua pihak iaitu 1Malaysia.
"Ia adalah sebahagian daripada satu proses yang panjang, bermula dengan Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan sekarang 1Malaysia.
"Pada hakikatnya saya fikir ini adalah salah satu daripada kekuatan kental di mana kita mempunyai penanda untuk perjalanan kita dan sebahagian besar rakyat Malaysia yang boleh berfikir akan menghargainya. Kita perlu mengikuti penanda-penanda ini secara jujur dan ikhlas dalam kita meneruskan perjalanan kita menuju masa depan," kata Chandra sebagai menutup perbualan.
DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini.
Bahagian ke-lima ini adalah hasil wawancara dengan Prof Dr Teo Kok Seong, Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Hubungan etnik di Malaysia sepatutnya boleh diurus dengan mudah tanpa banyak masalah kerana kumpulan etnik yang terdapat di negara ini tidak banyak.
Menurut Prof Dr Teo Kok Seong, Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bukan seperti di Rusia dan India yang terdapat puluhan atau ratusan kumpulan etnik.
"Bagaimanapun perpaduan di negara ini lebih bersifat retorik daripada keadaan sebenarnya," kata beliau kepada Bernama dalam wawancara yang memfokus kepada isu perpaduan menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54.
CURIGA-MENCURIGAI
Teo yang juga Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu, UKM, berkata istilah 'juxtaposition' atau 'mengatur seiring" lebih tepat digunakan dalam mengukur tahap perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Maksud 'juxtaposition' dalam konteks ini ialah kita ditonjolkan sebagai bersatu, tetapi sebenarnya tidak kerana masih banyak curiga-mencurigai antara satu sama lain.
"Ini berlaku secara menyeluruh. Mungkin wujud hubungan akrab antara individu Cina dengan individu Melayu tertentu, itu lain ceritanya," kata beliau.
Apa yang berlaku adalah di sebalik Peristiwa 13 Mei dan usaha kerajaan menangani isu perkauman menerusi pengisytiharan Rukunegara dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Menurut beliau, sekarang ini wujud fahaman apa yang menguntungkan sesuatu kaum merugikan kaum yang lain.
"Apa-apa yang diperolehi bangsa Melayu melalui dasar tertentu dianggap sebagai suatu kerugian bagi bukan Melayu, keadaannya sudah sampai ke tahap itu dan ini tidak baik untuk perpaduan," katanya.
CONTOH CURIGA
Beliau memberi contoh Sekolah Wawasan yang ingin diperkenal oleh kerajaan pada 1997 untuk menyatupadukan pelajar berbilang kaum.
Idea untuk menubuhkan sekolah ini, katanya, bertunas pada 1995 dan menjadi kenyataan apabila dua atau tiga buah Sekolah Wawasan ditubuhkan pada 1997.
Bagaimanapun, konsep sekolah itu yang sepatutnya diperluas ke seluruh negara terhenti setakat beberapa sekolah itu sahaja kerana tiada sambutan.
Menurutnya, kaum bukan Melayu curiga, kononnya ada agenda tersirat oleh pemimpin Melayu di sebalik Sekolah Wawasan.
"Pada hal, kalau kita kaji betul-betul hasratnya murni sekali, iaitu untuk menyatukan kanak-kanak sekolah tetapi kaum Cina terutamanya, melihat ini percubaan untuk mengikis jati diri dan juga budaya mereka," kata Teo.
Keadaan itu berlaku kerana tidak ada saling kepercayaan dan masih wujud rasa curiga antara satu sama lain.
"Kalau sudah bersatu, sewajarnya apa-apa yang diperkenal kerajaan difahami baik dan diterima secara terbuka, tiada curiga," katanya.
Beliau memberi satu lagi contoh iaitu subjek baru "Malaysia Negaraku" tentang kewarganegaraan yang dirancang diperkenal di semua sekolah dan diajar dalam Bahasa Melayu pada awal tahun 2011.
"Sekolah Cina menentangnya habis-habisan. Mereka bimbang ini satu lagi rancangan licik pemimpin Melayu untuk mengikis jati diri orang bukan Melayu. Mereka mahu subjek ini diajar dalam bahasa Cina," kata Teo.
EMPAT LANGKAH
Bagi Teo, ada empat langkah untuk menangani masalah curiga-mencurigai ini yang disifatkannya begitu menebal.
Langkah-langkah itu kenal-mengenali, faham-memahami, hormat-menghormati dan akhirnya menghargai kepelbagaian.
Malangnya masyarakat Malaysia, pada pandangan beliau, masih belum pun di peringkat pertama, iaitu kenal-mengenali antara satu sama lain.
"Kenal-mengenali ini penting kalau kita hendak bersatu padu dalam masyarakat majmuk. Selepas kenal-mengenali barulah kita boleh pergi ke langkah kedua, faham-memahami cara hidup dan etos kaum masing-masing.
"Memang banyak yang kerajaan lakukan selepas tragedi 13 Mei 1969, tapi nampaknya sesetengah sektor rakyat tidak mahu memberi sokongan, untuk merealisasikan hasrat murni ini.
"Saya kira kerajaan tak terlepas pandang apa-apapun, hanya golongan bukan Melayu ini yang tidak mahu menyertai program-program yang bersifat nasional," jelasnya.
Beliau memberi contoh keengganan kaum Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan, dan sekarang 90 peratus anak Cina belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.
Keadaan itu jauh berbeza berbanding sekitar tahun 70-an dan 80-an yang menyaksikan ramai ibu bapa Cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.
JATI DIRI ETNIK
Teo mengaitkan perubahan sikap kaum Cina ini dengan kebangkitan semula nasionalisme etnik dan pemupukan jati diri etnik dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia.
Perkembangan ini ada kaitan dengan berakhirnya Perang Dingin pada awal 1990-an dan kebangkitan China sebagai kuasa dunia.
Menurut beliau, orang Cina di seluruh dunia termasuk Malaysia berasa begitu teruja tentang potensi China.
"Mereka hendak mengaitkan diri mereka dengan sebuah kuasa besar dan ini tidak susah kerana daripada segi etnik mereka sememangnya orang Cina.
"Bagi saya, tidak salah untuk terus mengekalkan keCinaan itu sebab negara kita majmuk, tetapi yang salahnya apabila kita bangkit semula daripada segi nasionalisme etnik Cina, dan juga memupuk jati diri etnik Cina, sesetengah orang Cina atau sebahagian besar mereka lupa akan nasionalisme kebangsaan kita.
"Lupa jati diri kebangsaan. Di situ mereka tidak dapat mengimbanginya dan itu masalah besar," jelas Prof Dr Teo seraya menambah keadaan itu bukan sahaja melibatkan generasi muda, tetapi juga generasi tua.
PERLU SETIA
"Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung". Teo menegaskan kesetiaan mesti lebih kepada di mana mereka tinggal dan mencari rezeki dan dalam hal ini beliau bimbang dengan gejala kurangnya nasionalisme dan jati diri kebangsaan.
Kebangsaan, bagi beliau bermaksud simbol dan proses sosio-budaya Melayu seperti bahasa Melayu dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan budaya Melayu.
Menurut beliau, walaupun kaum bukan Melayu mendukung nasionalisme dan jati diri kebangsaan, ini tidak bermakna mereka tidak boleh langsung mengamalkan budaya mereka.
Katanya, ini terbukti di mana bukan Melayu terus diberi kebebasan mengamalkan warisan dan budaya mereka, dan dalam bentuk asli lagi dengan sokongan kerajaan pula.
"Tetapi ada hanya boleh berbahasa Cina, tidak menguasai bahasa Melayu atau enggan menggunakannya kerana bimbang kehilangan jati diri etnik, selain tidak menghormatinya sebagai bahasa negara.
"Apatah lagi nak menggunakan bahasa Melayu sesama orang Cina! Ini lain halnya dengan bahasa Inggeris yang digunakan tanpa ada buruk sangka sedemikian.
"Ini salah faham yang perlu diperbetul, mereka perlu sedar bahasa Melayu itu bahasa negara, bahasa yang mewakili semua rakyat Malaysia," tegasnya.
Beliau menyifatkan ekstremisme etnik ini sebagai antara faktor penghalang utama kepada pencapaian perpaduan di negara ini.
BAHASA PERPADUAN
Apa yang diperlukan untuk membentuk sikap yang lebih positif adalah lebih banyak pergaulan antara bukan Melayu dengan Melayu.
Menurut Prof Dr Teo, bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan harus dilihat sebagai bahasa perpaduan, iaitu simbol nasional untuk kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Di sini beliau mengutarakan pandangan pentingnya sekolah satu aliran, cara terbaik tetapi sukar dilaksanakan.
Beliau memberitahu sekarang terdapat enam aliran persekolahan iaitu sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil dan Cina), sekolah agama (Islam), sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris, sekolah persendirian Cina yang menggunakan bahasa Cina, sekolah antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris dan tidak termasuk yang bersekolah bersendirian di rumah.
"Macam mana nak bentuk jati diri kebangsaan yang sama dan satu masyarakat Malaysia yang mendukung asprisai nasional yang sama? Memang sukar sekali, malah tak boleh, mustahil.
"Yang menuntut di sekolah jenis kebangsaan, pemikiran mereka lain daripada yang belajar di sekolah kebangsaan, walaupun kurikulumnya sama. Begitu juga yang pergi ke sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.
"Tengok Singapura, satu aliran sahaja, mereka gunakan bahasa Inggeris, manakala bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Melayu diajar sebagai satu subjek sahaja. Dengan cara ini, rakyat Singapura didapati mendukung nasionalisme kebangsaan yang sama, selain mempamer jati diri Singapura yang sama oleh semua, Cina, Melayu dan India.
KURANG MENYOKONG
Bagi ramai anak muda sekarang, terutamanya kaum Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu, andaian yang boleh dibuat mereka tidak bergaul dengan orang Melayu justeru tidak memahami cara hidup orang Melayu.
Mereka juga kurang berminat menyertai program anjuran kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan yang membabitkan pelbagai kaum.
Berdasarkan pengalaman peribadinya memberi ceramah di bengkel dan forum antaranya mengenai perpaduan dan Gagasan 1Malaysia, kebanyakan yang hadir ialah Melayu.
"India ada sedikit, Cina boleh dikatakan tak ada langsung. Mereka tak suka ceramah membincangkan soal jati diri dan nasionalisme kebangsaan, yang menekankan penggunaan dan penghayatan simbol dan proses sosio budaya Melayu, antaranya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.
"Jadi dalam soal ini hanya orang Melayu yang mendengar," katanya yang secara terbuka turut memberitahu anak-anak muda bukan Melayu juga agak tersisih daripada pemahaman sejarah tanah air, apatah lagi menghayatinya.
Teo berpandangan pemimpin Cina perlu memainkan peranan penting untuk mengimbangi kepincangan yang disuarakannya.
"Perjuangan pemimpin Cina ini lebih kepada menjaga kebajikan orang Cina dalam hal-hal kapitalisme, khususnya ekonomi. Tak ada usaha langsung untuk menasionalkan orang-orang Cina yang kurang nasional.
"Saya mohon pemimpin Cina, baik daripada parti kerajaan mahupun sebaliknya, tanganilah masalah pengimbangan jati diri dan nasionalisme etnik dengan jati diri dan nasionalisme kebangsaan, dalam kalangan komunti Cina.
"Kalau kita tak melakukan sesuatu sekarang, sampai tahun 3030 pun keadaannya masih macam ini, ataupun bertambah buruk lagi," tegasnya.
UBAH SIKAP
Bagi Teo perpaduan tulen akan hanya wujud apabila ada asimilasi psikologi, yang bermaksud menerima cara hidup Melayu dalam kerangka kebudayaan kebangsaan, antaranya menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa negara, dan tidak merasakan semua ini akan menghakis jati diri etnik mereka.
"Mengapa proses ini sukar berlaku di Malaysia, berbanding orang Cina dari Malaysia dan Singapura yang berhijrah ke Australia dan pantas melalui proses asimilasi psikologi?
"Orang Cina juga tidak mempunyai masalah melalui asimilasi psikologi apabila mereka bermastautin di Thailand atau Indonesia.
Teo yang berasal dari Salor, Kelantan berkata walaupun sudah terlajak lebih 50 tahun, rakyat Malaysia perlu bersikap optimistik untuk mencapai perpaduan kaum dan semua pihak perlu menganggap Malaysia sebagai rumah mereka sendiri, bukan rumah sewa atau rumah tumpangan.
Bukan juga setakat tempat untuk mencari duit sahaja dan melaburkan keuntungan daripadanya di tempat lain.
"Mengambil analogi rumah kita sendiri, kita mestilah nak jaganya baik-baik dan kalau nak mengecatnya, kalau boleh kita tak akan beli cat yang murah.
"Kita perlu berkongsi tanggungjawab ini bukan menyerahkan sahaja kepada orang Melayu kerana Malaysia adalah juga tanah air semua
"Kalau ada masalah kita perlu berbincang dengan jujur dengan rasa insaf. Tragedi 13 Mei tidak mustahil boleh berulang sekiranya hubungan etnik negara ini dibiarkan dalam keadaan sedia ada," tegas Teo.
Ahad, 4 September 2011
MENGHADAPI CABARAN TUJUH BILION PENDUDUK DUNIA
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Walaupun sejarah perkembangan manusia telah bermula sejak sekitar dua juta tahun lepas, unjuran pertambahan populasi dunia agak perlahan.
Populasi dunia hanya mencapai satu bilion orang pada tahun 1850, manakala bilion kedua pada 1925.
Bagaimanapun, jumlah populasi dunia melonjak secara drastik sejak 50 tahun kebelakangan ini iaitu daripada tiga bilion kepada tujuh bilion pada bulan Oktober tahun ini.
Ini berlaku ekoran kejayaan dunia memanjangkan jangka hayat penduduk, kesan daripada kemajuan dalam bidang kesihatan seperti penghasilan vaksin dan antibiotik yang lebih baik dan kemajuan kemudahan perubatan, khususnya di negara membangun yang mana kebanyakan daripada penambahan penduduk berlaku.
Tahun ini sahaja, berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Dana Populasi (UNFPA), dunia dijangka akan menyambut kelahiran 135 juta bayi dan 57 juta kematian yang menjadikan unjuran peningkatan bersih populasi dunia seramai 78 juta orang.
Ini termasuk bayi yang akan menjadi penduduk dunia ketujuh bilion yang dijangka lahir di Uttar Pradesh, sebuah negeri utara India yang terkenal dengan kadar kelahiran tertinggi dunia.
Laporan yang disediakan oleh profesor ekonomi dan demografi Universiti Harvard, David Bloom, turut menyatakan bahawa 'pusat graviti demografi' untuk trend populasi akan beralih dari negara maju ke negara membangun.
Beliau membuat kesimpulan bahawa, untuk tahun 2050 sahaja, dianggarkan hampir semua daripada unjuran 2.3 bilion populasi akan berlaku di rantau yang lebih mundur malah separuh daripadanya bakal berlaku di Afrika.
Peningkatan unjuran populasi yang berlaku ekoran kemajuan yang dikecapi dari segi ekonomi, keselamatan dan kesihatan, bagaimanapun bakal memberi kesukaran dan cabaran getir bagi kerajaan negara membangun dalam usaha membekalkan keperluan asas iaitu makanan, air, tempat tinggal dan tenaga," jelas Bloom menerusi journal 'Science'.
Sebaliknya, unjuran populasi di negara-negara yang lebih maju pula lebih mendatar tetapi menua dengan jumlah rakyat dewasa produktif yang boleh menampung rakyat yang telah bersara atau bergantung kepada pencen sosial akan berkurangan.
Apapun, dari satu sudut, jumlah tujuh bilion penduduk adalah satu pencapaian dunia yang menunjukkan manusia kini hidup lebih sihat dengan jangka hayat panjang.
Tetapi dalam masa yang sama, bilangan itu menyebabkan bumi terpaksa menampung jumlah populasi terbesar setakat ini, yang mana isu seperti kemiskinan, kebuluran dan kadar kematian yang tinggi akan terus berlaku.
Malah, konflik berkaitan alam dan manusia seperti isu pemanasan global, kehabisan sumber asli dan kemusnahan alam semulajadi bakal melonjak menjadi cabaran utama dunia dalam memelihara kehidupan dan memperbaiki kesejahteraan manusia.
ISU KEPENDUDUKAN ASIA
Bagi memperingati peristiwa 'Dunia Dengan Tujuh Bilion', tujuh perkara penting yang melibatkan masa depan kependudukan dunia iaitu generasi muda, populasi tua, memperkasakan wanita, mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan sosial, kesihatan reproduktif, mengekalkan alam sekitar lestari dan isu urbanisasi.
Tekanan yang ditanggung oleh benua Asia dijangka lebih mencabar kerana ia menampung lebih 60 peratus daripada keseluruhan populasi dunia dan mengalami kadar urbanisasi paling pantas dengan 14 daripada 20 bandar terbesar dunia terletak di Asia.
Contohnya, lima bandar utama dengan populasi paling padat di dunia terletak di India.
Ini menyebabkan kebanyakan negara Asia terpaksa bergelut dengan isu yang hampir serupa termasuk masalah kesesakan, pencemaran dan isu sosial dan ekonomi dan perlu mula mencari strategi melakukan persediaan awal untuk menghadapinya.
ISU MASA DEPAN NEGARA
Di Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalankan Kajian Pelan Strategik Kependudukan Kedua (KPSK2) untuk menilai prestasi pelaksanaan program kependudukan negara dalam konteks dasar yang sedia ada dan untuk mencadangkan satu rangka pelan tindakan strategik untuk masa depan.
Antara isu utama yang dikenalpasti ialah isu migrasi. Dianggarkan hampir satu juta rakyat Malaysia berkelulusan tinggi berhijrah keluar dari Malaysia untuk bekerja di negara seperti Singapura, Australia dan Eropah.
Kajian juga mendapati negeri seperti Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang mempunyai peluang pekerjaan yang lebih tinggi berikutan pembangunan ekonomi dan kepadatan penduduk sehingga menyebabkan kadar migrasi dalaman yang tinggi.
Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, menjelaskan bahawa ini berlaku kerana terdapat peluang pekerjaan yang lebih tinggi di negeri tertentu berikutan pembangunan ekonomi antara negeri dan wilayah yang tidak sekata.
Selain itu, beliau turut mengakui bahawa kemasukan warga asing yang terlalu ramai juga boleh menimbulkan isu khususnya masalah sosial dan jenayah.
Buat masa ini, tujuh peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia terdiri daripada warga asing dan kira-kira satu perlima daripada peluang tenaga kerja negara dipenuhi oleh pekerja asing.
"Ramai yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelajar atas usaha kita memajukan negara menjadi satu hab pendidikan tetapi ramai pula yang telah mewujudkan pelbagai isu sosial yang tidak sesuai dengan budaya timur kita," katanya.
STATUS NEGARA TUA PADA 2030
Mengenai isu warga emas, Aminah menjangka Malaysia akan mencapai status negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur lebih 60 tahun mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini.
Buat masa kini, warga emas negara berjumlah 2.1 juta orang yang mewakili 7.3 peratus daripada 28 juta jumlah penduduk Malaysia.
Berdasarkan kadar unjuran dan trend semasa, menjelang 2020, bilangan penduduk Malaysia dijangka akan mencecah seramai 35 juta orang dengan 3.4 juta daripadanya ialah warga emas.
Selain itu, pada tahun 2020 juga, jangka hayat penduduk akan meningkat kepada 74.2 tahun bagi lelaki dan 79.1 tahun bagi wanita berbanding masing-masing 72.6 dan 77.5 pada tahun 2010.
PERLU BERPANDANGAN JAUH
Trend ini sudah tentu menunjukkan bahawa masyarakat memerlukan anjakan paradigma bagi menghadapi situasi dan cabaran menjadi negara tua dan mesti memastikan prasarana, infrastruktur dan kesihatan warga emas lebih terjamin.
Sebagai sebuah negara yang berpandangan jauh, Malaysia akan membuat perancangan strategik yang menggunakan warga emas sebagai sumber dan bukan beban sebagai persediaan awal berhadapan dengan situasi negara menua,jelas Aminah.
"Kita telah mula menyusun pelbagai polisi dan program sebagai persediaan untuk menangani kesan populasi menua seperti Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas yang baru mendapat persetujuan kerajaan pada Januari lepas," jelas Aminah.
Antara lain, pelan tindakan itu menyebut bahawa negara memerlukan 700 pakar geriatrik bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan warga emas menjelang 2020, berbanding hanya 21 pakar geriatrik tempatan buat masa kini.
Justeru, LPPKN akan memainkan peranan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan jumlah pakar geriatrik iaitu doktor pakar yang mengkhusus untuk keperluan warga emas dapat ditingkatkan.
SAIZ KELUARGA MENGECIL
Isu lain yang diberi perhatian oleh LPPKN ialah trend keluarga terkini termasuk semakin kurang warga emas yang tinggal bersama anak, semakin ramai yang memilih melewatkan perkahwinan atau tidak berkahwin serta saiz keluarga kecil.
Dari satu sudut, Aminah mengakui bahawa unit keluarga yang lebih kecil adalah trend yang baik kerana ketua keluarga boleh memastikan peruntukan pendapatan mencukupi untuk semua ahli keluarga menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan sesuai.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, bilangan anak yang sedikit menyebabkan bilangan penjaga (care-giver) berpotensi menjadi berkurangan dan seterusnya menjadikan perkhidmatan sokongan seperti pusat jagaan harian untuk warga emas dan kanak-kanak semakin penting.
"Perkhidmatan yang berkualiti dan dipercayai amat penting bagi mengatasi isu terlalu ramai wanita berpendidikan tinggi terpaksa melepaskan jawatan masing-masing ekoran keperluan penjagaan anak," kata Aminah yang mengakui bahawa ruang vakum tenaga kerja yang ditinggalkan oleh sekitar 56 peratus wanita berkebolehan ini sudah tentu akan merugikan negara.
Bagi mengatasi isu berkenaan, LPPKN merancang penambahbaikan dasar yang boleh membantu memudahkan wanita bekerjaya mengimbangi keluarga dan kerjaya termasuk akan mengkaji semula peraturan sedia ada bagi membantu memudahkan kedua-dua ibu bapa terus bekerja.
Sabtu, 3 September 2011
TIADA SKEMA JAWAPAN DISEDIAKAN
Assalamualaikum,
Pada tahun ini, saya hanya menyiarkan soalan-soalan percubaan negeri yang diperoleh daripada rakan guru di seluruh semenanjung. Jawapan tidak disiarkan kerana permintaan daripada rakan guru yang ingin menggunakan soalan tersebut sebagai latih tubi menjelang peperiksaan SPM sebenar. Rakan guru boleh memdapatkan skema daripada rakan-rakan di negeri tersebut (jika ada) atau menghubungi saya untuk bantuan, Harap maklum.
Ahad, 14 Ogos 2011
LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA
Sabtu, 13 Ogos 2011
UNSUR POSITIF DALAM SOALAN KARANGAN
Pada tahun 2010, LPM mengeluarkan soalan yang hampir kesemuanya berbentuk positif seperti cadangan, langkah, kebaikan, peranan dan sebagainya. Tiada unsur negatif seperti kesan buruk, masalah, mala petaka, kerumitan dan sebagainya digunakan dalam soalan.
3.
Negaraku
SPM 2011 JULAI
1. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu hobi.
2. Beri komen tentang mengapa sesetengah pihak berpendapat bahawa ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak yang meningkat remaja berbanding dengan perhatian yang diberikan semasa anak-anak di sekolah rendah.
3. Potensi industri Kraf Tangan di Malaysia
4. Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa.
5. Tuliskan cerita berkaitan pantun... Pulau Pandan Jauh ke tengah.....
fokus soalan ialah tentang budi dan jasa seseorang yang tetap dikenang walaupun sudah meninggal dunia.
KOMEN :
Trend soalan yang dipaparkan di atas TIDAK SAMA SEKALI mengesahkan bahawa tiada unsur negatif seperti kesan negatif akan digunakan dalam peperiksaan SPM Nov 2011. Namun penulis yakin bahawa penerapan unsur positif akan menghasilkan lebih banyak pelajar yang berfikiran positif yang bakal melahirkan pemikir untuk menyelesaikan suatu isu pada masa hadapan.
Selasa, 9 Ogos 2011
CARA MEMPROMOSI BATIK BUATAN MALAYSIA
Batik buatan Malaysia bukan sahaja sesuai digunakan dalam majlis rasmi bahkan dalam acara sukan lasak seperti :Flying Fox" juga batik boleh digunakan. Penerjun menampilkan gaya tersendiri walaupun sekadar berbaju batik sahaja. Kenangan di Pulau Sibu, Mersing semasa mengikuti Mesyuarat Pengetua di sana.
Isnin, 8 Ogos 2011
BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM
Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama
Ahad, 7 Ogos 2011
KOLEKSI KARANGAN TAHUN 2011
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan Terbitkan Catatansistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses pelaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan penggunaan perkhidmatan KTM oleh rakyat di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kualiti pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan penumpang secara keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kualiti perkhidmatan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengangkutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk menambat semula keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.
Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanamkan konsep yang mendalam dalam minda pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja didedahkan kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberikan kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam secara mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
1. Melengkapkan Diri Dengan Ilmu Keibubapaan
Ø Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
Ø Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagiamelalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.
Ø Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
Ø Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlumeluangkan sekelumit masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
Ø Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Setiap ahli keluarga menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama-sama ahli keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti diluangkan untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
4. Memberi Didikan Agama dan Moral
Ø Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadang kala tidak munasabah.
Ø Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik-beradik. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing mestilah dijadikan amalan dalam kehidupan berkeluarga. Peribahasa hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah pula seharusnya menjadi azimat sebagai kunci kebahagiaan sejati. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
Ø Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Benarlah ungkapan Keluarga Asas Pembentukan Masyarakat. Nah sudah terang lagi bersuluh betapa pentingnya slogan maju keluarga, majulah masyarakat kerana pincang keluarga, musnahlah masyarakat.
bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara
pemuafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan
keadaan yang tidak diingini.
berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-
sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia.
Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hajà Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri
pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau
menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan
tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun
Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya
golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan
yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional
akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional
akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Marcapada menyaksikan bahawa tabiat menabung dikatakan dapatmendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsipsedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang tabungan ini dapat mengekangdiri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros.
Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan madu demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.
Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandaiberjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.
Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangandunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Dari perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara.
Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepadanusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutinkehidupan. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya.
Amalan menabung dapat didefinisikan sebagai suatu budaya menyimpan wang yang dilaksanakan secara berterusan. Terdapat pelbagai jenis bekas tabung yang diperbuat daripada variasi bahan sama ada semula jadi atau tiruan seperti buluh daripada bahan semula jadi dan plastik daripada bahan tiruan. Namun, kebelakangan ini, amalan menabung kurang dipraktikkan oleh majoriti masyarakat di
Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akandapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilannya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi umpama melentur buluh dari rebungnya akan memberikan kesan positif kepada mereka sekali gus menyematkan sikap suka berjimat cermat dalam diri mereka.
Selain itu, faedah lain yang diperoleh melalui amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi ialah dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung harap pada kedua-dua orang tua mereka. Tamsilannya, jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada di dalam atau di luar negara, ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak mereka. Oleh itu, amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas memberikan masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.
Bukan itu sahaja, amalan menabung yang disemat dalam diri individu sejak kecil lagi juga akan dapat menjadi penyelamat pada waktu runcing atau kecemasan. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan sesuatu kejadian yang tidak diduga. Bak kata peribahasa Melayu,
Intihanya, jelaslah bahawa amalan menabung perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Dengan demikian, ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling haruslah sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak muda masa ini dalam usaha membudayakan amalan menabung dalam diri mereka. Sekiranya semua pihak menjalankan kewajipan mereka dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak yang diasuh supaya membudayakan amalan menabung ini akan menjadi individu yang pemurah, berjimat cermat serta seorang pekerja yang amanah terutamanya apabila melibatkan urusan kewangan. Jelaslah, amalan menabung ini juga merupakan usaha untuk menyediakan payung sebelum hujan dan juga suatu amalan yang mendatangkan banyak kebaikan kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat juga negara.
Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap rakyat kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Rakyat Malaysa perlu mengutamakan barangan buatan
Secara tuntasnya, pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk menggalakkan masyarakat membeli barang buatan


